Bismillahirrahmanirrahim

Bismillahirrahmanirrahim

Thursday, May 20, 2010

Orang mati akan kembali?

Terkejut juga baca akhbar hari ini. Ingatkan bila pemimpin yang ditaati meninggal dunia, ahli keluarga akan merasa sedih disamping membanyakkan baca Al-Quran atau sedekahkan pahala amalan, tetapi sebaliknya mengadakan konsert untuk mengharapkan kepulangan si mati...

Friday, May 14, 2010

Kematian memberi jawapan


13 Mei 2010 jam 2.10 petang. Begitulah akhbar melaporkan kembalinya seorang hamba kepada Tuhannya. Beliau adalah Ustaz Haji Ashaari (Asaari) Muhammad atau lebih dikenali dikalangan pengikut-pengikutnya sebagai Abuya. Pemimpin tertinggi atau pengasas Al-Arqam atau sekarang dikenali sebagai Global Ikhwan. Tentunya pemergian ini amat memberi kesan terhadap para pengikutnya memandangkan beliau selalu dicanangkan sebagai Pemuda/Putera Bani Tamim iaitu lelaki yang akan menyerahkan panji-panji (sohibu rayatil mahdi) kepada Al-Mahdi. Beliau sepengetahuan penulis tidaklah mendakwa diri sebagai insan tersebut tetapi mengharapkan agar beliaulah yang dimaksudkan dalam potongan hadith (walau pun hadith tersebut dikategorikan sebagai munkar seperti kenyataan Al-Haithami dalam Majma' Az-Zawaid). Dengan kematian ini, terjawablah segala apa yang diwar-warkan oleh para pengikut beliau iaitu beliau bukanlah Al-Fata At-Tamimi yang dimaksudkan. Harapan penulis agar isu ini tidak lagi ditafsirkan menurut hawa nafsu semata-mata inginkan pengaruh. Sesungguhnya Allah menilai segala usaha baik dan murni untuk memartabatkan agamaNYA. Al-Fatihah untuk Ustaz Ashaari yang telah banyak berjasa kepada Islam. Kepada ahli keluarga diharap banyak banyak bersabar dan berusahalah mencontohi perjuangan beliau. Semoga Allah menempatkan roh beliau dikalangan kekasihNYA.

Wednesday, May 5, 2010

Alhamdulillah akhirnya berhasil juga

Disaat kesibukan kerja (sedang marking paper ketika peperiksaan sedang berlangsung serta perpindahan tempat penginapan) dan mengurus keluarga akhirnya dengan inayah dan hidayah ALLAH tercapai juga matlamat serta impian untuk mengadakan blog sendiri. Disamping menyahut seruan supaya setiap insan mempunyai blognya sendiri dan diriku sendiri sudah berazam tahun 2010 merupakan tahun terakhir untuk aku siapkan blog ini...alhamdulillah